Kemenangan ke dua OFPA sepanjang tahun 2018
Perlawanan liga yang ditangguhkan bagi OFPA selama dua minggu digunakan pasukan OFPA sebaik mungkin dengan mengadakan perlawanan persahabatan bagi meningkatkan prestasi pasukan.
Bertempat di padang Tanamera pada Sabtu semalam, pasukan Pilihan OFPA bertemu sebuah pasukan dari Sinar Alam pada jam 5.30 petang. Hujan lebat yang membasahi sekitar kawasan Saujana Utama dan Desa Coafields pada sebelah tengah hari membuatkan padang sedikit dipenuhi air. Namun ianya tidak banyak mengganggu rentak permainan.
Pasukan OFPA bermula baik apabila memperolehi beberapa peluang terbaik menjaringkan gol pada separuh masa pertama, namun digagalkan oleh penyudah yang lemah akibat padang yang basah.
Separuh masa ke dua, pasukan lawan menguatkan bahagian tengah mereka, dan hasilnya mereka memperolehi beberapa peluang terbaik menjaringkan gol. Kecekapan penjaga gol OFPA menggagalkan peluang satu lawan satu apabila beliau bijak keluar menutup ruang, seterusnya menyelamatkan pintu gol OFPA buat seketika.
Akhirnya pasukan lawan memperolehi gol apabila bijak memperdaya perangkap offside untuk penyerang mereka berdepan satu lawan satu dengan penjaga gol. Kali ini penyerang lawan bijak menewaskan penjaga gol dengan membuat satu 'chip' yang mengelirukan.
Tersentak dengan gol pendahuluan lawan, OFPA meningkatkan serangan dan berhasil menjaringkan gol menerusi satu serangan balas menarik yang disudahkan oleh saudara Erry. Selepas gol tersebut, beberapa peluang terhasil namun kegopohan menyebabkan OFPA gagal perolehi gol pendahuluan.
Separuh masa ke tiga memperlihatkan penguasaan pasukan OFPA di bahagian tengah, dan hasilnya mereka memperoleh satu tendangan percuma setelah larian menarik saudara Yud dibentes pertahanan lawan. Tendangan percuma yang diambil saudara Erry terus mengenai tiang kiri gol lawan dan bergolek ke dalam gawang lawan untuk gol ke dua peribadi beliau.
Apa yang menarik, walaupun dalam padang yabg basah, perlawanan berlangsung dalam keadaan baik dan tiada ketegangan walaupan beberapa sliding tackle dilakukan ke dua-dua pasukan.

Post a Comment