Header Ads

Keputusan perlawanan persahabatan minggu ke 7



Sementara menunggu perlawanan liga minggu ke 8, beberapa pasukan liga telah mengatur perlawanan demi mengekalkan keserasian pemain di samping memperbaiki kelemahan masing-masing.

Hampir ke semua pasukan liga mencatat kemenangan kecuali pasukan Gamm Fc yang tewas kepada pasukan Berjaya FC, sebuah pasukan yang harus diberi perhatian oleh pasukan-pasukan sekitar Puncak Alam.

Pada perlawanan di Stadium Kuala Selangor semalam, pasukan Pilihan GOTA FC yang diperkuatkan dengan kehadiran pemain tonggak Parmah Legend, iaitu Zaidi membantu kemenangan Pilihan Gota FC ke atas pasukan Hartalega Bestari Jaya dengan jaringan 4-2. Paling menakjubkan beliau berjaya menghasilkan satu gol menarik di samping berjaya mencipta beberapa peluang kepada rakan sepasukan.

Antara perlawanan yang mencuri tumpuan adalah perlawanan yang melibatkan pasukan Alam Suria United yang menewaskan pasukan Five One FC dengan jaringan 4-2. Amat menarik juga apabila saudara Dos yang lebih dikenali sebagai penjaga gol, berjaya menghasilkan satu gol buat pasukan beliau. 

Begitu juga dengan pasukan Meranti,walaupun tanpa kehadiran pengurus versatile mereka iaitu saudara Fadly, masih berjaya mencatatkan kemenangan terbesar menewaskan lawan mereka, TSW di padang lawan dengan jaringan 6-3.

Berikut adalah senarai keputusan perlawanan persahabatan pada Sabtu dan Ahad lepas. 

Friendly Result:
Meranti FC 6 - 3 TSW
Gamm FC 0 - 2 Berjaya FC
GOTA FC 4 - 2 Hartalega
ASU 4 - 2 Five One FC
Oldboys 2-1 Kg Budiman

Perlawanan liga minggu ke 8 akan kembali bersambung pada 17 dan 18 hb ini. Sama-sama meriahkan liga kita dan moga semangat ukhuwah sentiasa dipupuk antara kita. 

No comments