Rangkuman perlawanan persahabatan hujung minggu
![]() |
| OFPA FC dalam satu perlawanan persahabatan futsal pada 9 Nov 2018 |
Bagi mengekalkan momentum, terdapat beberapa pasukan mengadakan perlawanan persahabatan. GAMM FC antara pasukan yang aktif mengadakan perlawanan persahabatan, di mana pada petang ini, 10 November mereka mengadakan perlawanan persahabatan menentang Berjaya FC di Arena Bukit Kucing.
Pasukan OBPA juga turut tidak ketinggalan meneruskan perlawanan persahabatan pada hari Ahad ini di Padang Meru 3. Sementara pasukan Gota FC juga akan menentang pasukan Hartalega di Stadium Kuala Selangor jam 5 petang, 11 November 2018 ini.
Pasukan pencabar kejuaraan liga, iaitu pasukan Desa Coafields FC turut tidak ketinggalan mengatur perlawanan persahabatan apabila turun menentang pasukan Wira 13 pada jam 5 petang ini di Padang Tanamera. Menurut pengurus mereka, Encik Mizul ketika ditemui samalam, menegaskan bahawa penyerang prolifik mereka, Ganesh akan diturunkan dalam kesebelasan utama menentang pasukan Gota FC pada minggu depan dalam satu lagi perlawanan liga. Kemenangan ke atas Gota FC amat penting bagi DC FC agar mereka tidak ketinggalan kepada pasukan OFPA dan Lapok FC dalam pemburuan kejuaraan sulong.
Kemeriahan kegiatan bola sepak sememangnya cukup terasa bagi mereka yang tinggal di Puncak Alam, terutamanya bagi yang meminati sukan nombor satu negara ini. Suasana ini dimeriahkan lagi dengan kejohanan bolasepak serantau Asean iaitu Kejohanan AFF yang sedang berlangsung sekarang. Selain kejohanan futsal Asean yang turut dilangsungkan dalam masa yang sama, di mana pasukan negara layak ke parlawanan akhit menentang pasukan Thailand.
Bagi penyokong setia bola sepak, anda boleh ke Stadium Nasional Bukit Jalil pada Isnin ini untuk menyaksikan Malaysia turun menentang pasukan Laos. Pasukan negara dijangka mengutip mata penuh bagi memberikan saingan kepada pasukan Vietnam yang juga berjaya mengutip mata penuh pada perlawanan pertama Khamis lepas.


Post a Comment