Header Ads

OFPA hampir mengutip mata pertama



Pasukan OFPA turun menentang pasukan Gamm FC bagi perlawanan ke tujuh mereka, dengan harapan untuk memungut mata pertama dalam liga. Perlawanan dilangsungkan di Padang Lapis 6 Bukit Kapar pada Ahad, 25 November lalu.

OFPA hadir dengan semangat baru apabila berjaya mengikat penjaga gol baru yg di "beli"  dari Gamm FC , Hazwan Atiq.
Kehadiran Edi di bahagian tengah dan Rizal di bahagian depan ternyata mengubah corak permainan OFPA serta mampu memberi sinar baru buat pasukan OFPA.

Gamm FC hadir dengan beberapa pertukaran pemain dan posisi akibat kecederaan yang menimpa beberapa pemain utama.

Separuh masa pertama ternyata seimbang di antara kedua-dua pasukan. Atiq ternyaya bermain cemerlang menyelamatkan beberapa percubaan berbahaya penyerang Gamm. Penyerang Gamm Fc, Amad akhirnya berjaya meroboh kekentalan Atiq apabila menyudahkan hantaran Alip utk gol pertama Gamm FC.

OFPA terus memperkemaskan bahagian depan dengan beberapa siri serangan akhirnya membuahkan hasil apabila sepakan padu Rizal gagal ditampan kemas oleh penjaga gawang Gamm FC M Yie utk kedudukan 1-1 sehingga tamat babak pertama.

Kemasukan Kepten OFPA, Yud Mavarra di babak seterusnya ternyata menambah sengat bahagian sayap OFPA. Begitupun sepakan sudut Kepten Gamm FC, Ijat disudahkan dengan tandukan cantik pertahanan Gamm FC Farid untuk menjadikan kedudukan 2-1. Kedudukan ini kekal sehingga tamat permainan untuk meneruskan kekecewaan OFPA meraih mata pertama mereka.

Keseluruhanya, OFPA tidak bernasib baik di akhir-akhir permainan kerana asakan demi asakan pemain tengah, Edi berjaya dipatahkan dek kekentalan pertahanan Gamm FC, iaitu saudara Jamal.



No comments