Header Ads

OFPA rakam kemenangan pertama dalam liga



Semalam tiga perlawanan berlangsung iaitu antara OFPA vs OBPA, Meranti FC vs Alam Suria United dan Lapok FC vs Bandar Seri Coafields United.

Namun perlawanan antara OFPA dan OBPA paling mencuri tumpuan dengan pasukan OFPA melakukan kejutan dengan menewaskan OBPA dengan jaringan 2-1.

Gol pasukan OFPA dijaringkan oleh saudara Erry yang melakukan sepakan kencang menewaskan penjaga gol OBPA.

Pada ketika OFPA mendahului 1-0 ini, pasukan OBPA berpeluang menyamakan kedudukan apabila dianugerahkan satu tendangan penalti. Sayangnya tendangan yang diambil saudara Rosli gagal menepati sasaran.

Tidak lama kemudia pasukan OFPA menambah gol ke dua untuk selesa mendahului lawan. Gol ini dijaringkan oleh saudara Ikram.

Pada separuh masa ke tiga, pasukan OBPA mendapat gol saguhati menerusi tendangan percuma pemain tengah OBPA, iaitu saudara Bob.

Kedudukan kekal sehingga akhir perlawanan serta membuatkan OBPA mengalami kekalahan ke dua berturut-turut.

Namun rekod kemenangan OFPA ini tidak bertahan lama apabila pengurus pasukan OBPA membuat bantahan rasmi mengatakan bahawa OFPA menurunkan lebih dari tiga orang pemain berumur 30 tahun dan ke bawah.

Satu perbincangan diadakan antara pengurus ke dua-dua pasukan serta penganjur, dan keputusan akhir adalah OBPA menewaskan OFPA dengan jaringan 3-0.

Pujian harus diberikan kepada pengurus pasukan OFPA yang dapat menerima keputusan ini dengan hati yang terbuka, sesuai dengan matlamat penganjuran liga ini.




No comments