GOTA FC melonjak ke tangga ke empat liga
Selepas mencatatkan kejutan ke atas Desa Coafields FC pada Game Week 8, pasukan Gota FC turun dengan penuh semangat untuk mencatat kemenangan serta untuk mengukuhkan kedudukan pada kelompok ke enam liga.
Namun begitu, GVBK yang turun selaku tuan rumah, pantas melakukan asakan dan menguasai sebahagian besar permainan pada awal babak pertama.
Keadaan padang yang sedikit dipenuhi air merencatkan sedikit kelancaran permainan. Begitupun keadaan ini tidak sedikitpun melunturkan semangat para pemain untuk mempamerkan aksi terbaik bagi pasukan masing-masing.
Pasukan GVBK mendahalui lawan hasil dari satu gerakan Gota FC yang bijak dipintas pemain tengah GVBK. Kesempatan ini digunakan oleh saudara Hafiz untuk untuk melakukan satu tendangan lencong menarik bagi mendahului pasukan Gota FC pada minit ke 15 permainan.
Ketinggalan satu gol tidak mematahkan semangat pasukan GOTA FC , mereka terus melancarkan serangan yang hampir menghasilkan gol.
Akhirnya gol penyamaan hadir menerusi pemain tengah Gota FC pada minit akhir separuh masa pertama, iaitu saudara Isa yang bijak melakukan sepakan lambung setelah menyedari penjaga gol lawan berada di luar posisi.
Separuh masa ke dua memperlihatkan kesungguhan ke dua-dua pasukan mencari gol kemenangan, namun tidak berhasil walaupun masing-masing mempunyai peluang menjaringkan gol.
Akhirnya pasukan Gota FC berjaya memperolehi gol kemenangan menerusi jaringan Syed Muhd yang memanfaatkan keadaan kelam kabut di depan pintu gol lawan.
Kemenangan ini bakal melonjakkan pasukan Gota FC ke kedudukan ke empat liga. Namun kedudukan ini mungkin tidak bertahan lama memandangkan terdapat beberapa pasukan yang masih mempunyai baki perlawanan.
Tahniah juga diucapkan kepada pasukan tuan rumah yang menunjukkan kesungguhan serta semangat kesukanan yang tinggi bajk di luar mahupun di dalam perlawanan.
Sesuatu yang harus dicontohi buat semua pasukan.


Post a Comment