Header Ads

Liga Premier Puncak Alam Kembali: Mampukah OBPA memintas Lapok FC?


Minggu ini meyaksikan banyak perlawanan ditangguhkan disebabkan terdapat beberapa pasukan tidak dapat melengkapkan senarai pemain. Mungkin musim cuti sekolah serta majlis kenduri kahwin sedikit merencatkan perjalanan liga pada penghujung tahun.

Namun begitu, perlawanan diteruskan dengan dua pasukan teratas yang bersaing sengit untuk kejuaraan pertama iaitu OBPA dan Lapok FC meneruskan aksi mereka. 

OBPA dijadualkan menentang pasukan Alam Suria United pada Sabtu, 15 Disember ini di Padang Bola Sepak Bukit Kucing. Keesokan harinya, pasukan Lapok FC pula akan bertandang ke tempat yang sama menentang pasukan Gabungan Veteran Bukit Kucing (GVBK). GVBK pastinya akan berusaha untuk bangkit setelah dikejutkan oleh pasukan Gota FC pada dua minggu sebelumnya.

Kemenangan GVBK ke atas Lapok FC pastinya memberikan khabar gembira buat pasukan OBPA yang mengintai peluang untuk menduduki tangga teratas. Begitupun, mereka harus menewaskan pasukan ASU terlebih dahulu untuk sebarang peluang mendahului liga. Harus diingat, Lapok FC masih mempunyai baki satu perlawanan berbanding pasukan OBPA.

Satu lagi perlawanan yang tidak kurang menarik juga ialah perlawanan yang melibatkan Gamm FC menentang Hill Park FC. Gamm FC kini gah berada di tangga ke tujuh liga walaupun melakukan permulaan yang perlahan apabila gagal menguti mata pada 3 perlawanan terawal. Begitupun, pasukan Hill Park yang berada di tangga ke 12 liga pastinya ingin melakukan kejutan bagi memperbaiki kedudukan liga mereka.

Apakah minggu ini bakal menyaksikan perubahan berlaku di tangga teratas liga. Sama-sama kita saksikan di venue yang berhampiran.

Kedudukan terkini liga LPPA



No comments