Alam Suria United memecah kebuntuan.. Kutip mata pertama dalam liga
Alam Suria United turun menentang pasukan OBPA selaku underdog di Arena Bukit Kucing pada Sabtu, 15 Disember jam 5.30 petang.
Tidak ramai yang memberikan mereka harapan untuk mengutip sebarang mata sebelum perlawanan bermula.
Namun kesungguhan dan keyakinan yang tinggi disertakan permainan yang berdisiplin telah membuatkan mereka melakarkan satu lagi kejutan dalam liga apabila mencatat keputusan seri dengan pasukan yang menghuni tangga ke dua liga.
Alam Suria United terlebih dahulu mendahului pasukan lawan hasil jaringan Andy sebelum disamakan kedudukan oleh Boy untuk mengakhiri permainan dengan -1-1.
Keseluruhannya ke dua-dua pasukan menunjukkan mutu permainan berkualiti dengan peluang mencipta jaringan yang seimbang antara ke dua-dua pasukan.
Diharapkan pengurus - pengurus pasukan yang bertanding di dalam liga ini mampu mengawal pemain masing-masing di samping selalu menekankan matlamat penganjuran liga LPPA ini.
Moga kematangan kita mampu merapatkan lagi tali persaudaraan yang sedia terjalin sesama kita.
"Lets enjoy this most beautiful game"

Post a Comment