Pilihan Gota FC tewaskan Pilihan OFPA dengan jaringan 4-2
Sempena musim cuti sekolah dan musim kenduri pada hujung tahun, banyak perlawanan terpaksa ditangguhkan. Gota FC dan OFPA juga tidak terkecuali menangguhkan perlawanan bagi memberi laluan kepada para pemain yang mempunyai urusan menyelesaikan urusan masing-masing.
Sebagai langkah mengekalkan kecergasan di samping beriadah, pasukan Gota FC dan OFPA mengadakan satu siri perlawanan persahabatan pada Ahad semalam, 16 Disember di Padang Tanamera.
Perlawanan ini sepatutnya menjadi perlawanan ke 10 liga bagi Gota FC vs Pines Hillpark, sementara pasukan lawan iaitu Pines Hillpark masih lagi berbaki dua perlawanan.
Perlawanan semalam dilangsungkan dalam keadaan padang yang sedikit becak akibat hujan lebat sekitar tengah hari semalam.
Pasukan OFPA dan Gota FC telah bertemu dalam perlawanan liga sebelum ini dengan keputusan berpihak kepada Gota FC. Kali ini pasukan OFPA tampil lebih bertenaga dengan menguasai bahagian tengah pada awal perlawanan dengan saudara Firdaus kental mengemudi benteng pertahanan.
Gota FC berjaya menyerap asakan OFPA dan akhirnya memecah kebuntuan jaringan menerusi Syed Muhd hasil gerakan dari bahagian tengah. Tersentak dengan jaringan tersebut, pasukan OFPA melancarkan beberapa serangan berbahaya yang nyaris menghasilkan gol penyamaan.
Separuh masa pertama berakhir dengan Gota FC mendahului OFPA dengan jaringan 1-0.
Bermula babak ke dua, OFPA meningkatkan tekanan ke atas lawan mereka dan beroleh jaringan hasil serangan balas yang memperdayakan pertahanan kanan Gota FC. Gol jaringan saudara Haris terus menyuntik semangat OFPA untuk mencari gol pendahuluan.
Namun kelibat penyerang prolifik Gota FC iaitu saudara Pokchoo berjaya menyentap sedikit semangat OFPA apabila membuat satu jaring menarik menerusi 'looping header' hasil hantaran silang sempurna saudara Syed dari sebelah kanan.
Babak kedua berakhir dengan Gota FC mendahului dengan jaringan 2-1.
Hujan yang mula turun pada babak ke tiga perlawanan sedikit memperlahankan tempo perlawanan. namun begitu, pasukan OFPA tidak mudah mengalah apabila melancarkan serangan bertali-arus ke kubu GOTA FC dengan beberapa peluang berjaya diperolehi.
Ksesungguhan mereka berbalas apabila dihadiahkan satu sepakan penalti yang berjaya disempurnakan saudara Erry.
Menyedari defisit satu gol, pasukan Gota FC meningkatkan tekanan ke atas pihak lawan dan berhasil mendapat satu tendangan percuma di luar kota penalti.
Sepakan yang diambil saudara Syamim berajaya menerjah ke punjuru kiri gawag gol OFPA bagi menjadikan kedudukan 4-2.
Pasukan GOTA melalui beberapa serangan berupaya memperolehi dua peluang terbuka menjaringkan gol, namun disia-siakan barisan penyerang mereka. Penyerang muda Gota FC, saudara Addin yang hanya berdepan satu lawan satu dengan penjaga gol, kempunan mencatat nama sebagai penjaring apabila menyepak sedikit tinggi, seterusnya melegakan pasukan OFPA FC.
Keseluruhannya, permainan dilangsungkan dengan semangat kesukanan yang tinggi dengan hanya satu kad kuning dilayangkan pengadil perlawanan.
Menarik juga apabila peralawanan semalam boleh diibaratkan sebagai "reunion' disebabkan sebahagaian besar pemain ke dua-dua pasukan pernah begabung dalam satu pasukan, OFPA FC dan masih bermain futsal setiap minggu di Sports88 Alam Jaya. Ramai yang terharu melihat kelibat saudara Firdaus yang sememangnya amat dirindui sahabat0sahabat beliau seperti Mon, Mat, Syahmi, Pokchoo, Ozi, Yud, Jojo dan Apiz. Sekadar menyebut beberapa nama yang hadir pada perlawanan semalam.
Tahniah buat ke dua-dua pasukan yang menunjukkan mutu permainan berkualiti dan menghiburkan.

Post a Comment