Header Ads

Lapok FC terus ungguli liga



Dengan pencabar terdekat OBPA yang hanya mampu mencatatkan keputusan seri pada Sabtu lepas, pasukan Lapok kini dilihat semakin menghampiri kejuaraan pertama sekiranya tiada kejutan bakal berlaku dalam perlawanan mereka seterusnya.

Turun tanpa tekanan ketika menentang GVBK pada petang Ahad, 16 Disember semalam, mereka mempamerkan aksi menakjubkan walaupun bertandang ke gelanggang lawan.

Pada perlawanan liga semalam, mereka menewaskan pasukan GVBK dengan jaringan 4-0 untuk menjarakkan mata kepada dua mata dengan berbaki satu perlawanan berbanding pasukan OBPA.

Begitupun, pasukan GVBK telah menunjukkan kualiti permainan terbaik mereka, namun nasib tidak menyebelahi mereka kali ini.

Gol-gol jaringan Lapok FC diperolehi menerusi empat penjaring berbeza iaitu saudara Berg, Din Chandik, Ejam dan juga melalui saudara Awie, antara pemain tengah paling menonjol dalam liga LPPA.

Selain OBPA, pasukan NERA FC juga dilihat mampu memberikan cabaran serius kepada pasukan Lapok FC. Mengumpul 16 mata dengan berbaki dua perlawanan dalam tangan, mereka sekurang-kurangnya mampu menempatkan diri dalam kelompok empat pasukan teratas liga.

Sehingga kini, pasukan NERA FC antara pasukan paling konsisten dalam liga dan sentiasa mempamerkan aksi penuh bertenaga setiap kali turun beraksi.

Alhamdullillah perlawanan berlangsung dalam suasana penuh semangat kesukanan dan tiada insiden yang tidak diingini berlaku.

Tahniah sekali lagi dan selamat maju jaya buat ke dua pasukan.


No comments