Header Ads

Penyerahan jersi baru PAPL Allstars


Semalam berlangsung penyerahan jersi baru PAPL Allstars sempena menyambut tahun baru. Acara yang sederhana dan lebih kepada sesi makan kek dan minum malam ini disertai saudara Pokchoo, Luiz, Ref Badok dan Rozi. Terima kasih kepada pengurus pasukan PAPL Allstars, iaitu Encik Fadly yang sudi menjadi tuan rumah dan menyediakan makanan dan minuman buat tetamu yang hadir.

Jersi baru pilihan beliau ini mengambil ilham dari pasukan Belanda pada era kegemilangan Ruud Gullit danFrank Rijkaard.

Rata-rata pemain tidak sabar untuk merasmikan jersi baru ini pada perlawanan persahabatan seterusnya, Ahad 30 December 2018, yang boleh dianggap sebagai perlawanan penutup tirai tahun 2018.

Moga pasukan ini akan kekal dan terus menguatkan ukhuwah yang sedia wujud antara semua pasukan.


No comments