LPPA Allstars tewas tipis dalam perlawanan persahabatan penutup tahun 2018
Perlawanan seimbang ditunjukkan ke dua-dua pasukan pada separuh masa pertama dengan peluang mendahului lawan terlebih dahulu diperolehi oleh pasukan LPPA Allstar. Sekurang-kurangnya tiga gol mampu dijaringkan oleh penyerang pasukan LPPA, namun ketangkasan penjaga gol lawan menjadi batu penghalang.
Tanpa sebarang tekanan, pasukan LPPA Allstars melepaskan satu gol mudah akibat kesilapan benteng pertahanan. Begitupun, penyerang LPPA iaitu, saudara Lias menjaringkan gol pemyamaan hasil satu gerakan solo melepasi tiga pertahanan pihak lawan.
Tahniah buat semua pemain LPPA Allstars yang hadir memberikan khidmat dan keringat.
Moga kita berjumpa lagi dalam perlawanan akan datang.
Post a Comment