Header Ads

Pines Hillpark cipta kejutan terbesar tewaskan OBPA


Dua perlawanan dilangsungkan semalam, Ahad 25 Nov, bagi melengkapkan perlawanan yang tertangguh pada minggu sebelumnya

Namun tumpuan pastinya kepada perlawanan di antara Pines Hillpark menentang Old Boys Puncak Alam (OBPA) yang berlangsung di Arena Bukit Kucing jam 5 petang. Sekitar kawasan padang perlawanan dipenuhi penyokong dan juga peminat yang datang dari kawasan berhampiran untuk menyaksikan perlawanan yang menjadi hala tuju kejuaraan sulong Liga Premier Puncak Alam.

Sebaik bermulanya perlawanan, pasukan OBPA terlebih dahulu menguasai permainan dengan hantaran-hantaran pendek yang kemas dan berhasil perolehi gol pertama menerusi penyerang mereka, Boy.  Namun penguasaan OBPA tidak bertahan lama apabila Pines menyamakan kedudukan hasil jaringan Afiq pada separuh masa pertama.

Permainan makin rancak memasuki separuh masa ke dua apabila OBPA sekali lagi mendahului melalui jaringan ke dua menerusi Fazlin.

Begitupun Pines tetap berusaha mencari gol penyamaan, dan dihalang oleh kekentalan benteng pertahanan yang diterajui saudara Alias.

Separuh masa ke tiga, Pines mula menguatkan tekanan di bahagian tengah dan berjaya menguasai permainan seterusnya menghasilkan dua gol lagi bagi memadamkan sisa-sia perjuangan OBPA. Gol ke dua dan ke tiga Pines Hillpark masing-masing dijaringkan oleh saudara Akim dan Man.

Kemenangan 3-2 pasukan Pines ini menyaksikan mereka melonjak ke tangga ke lima liga dengan masih berbaki satu permainan. Manakala hasrat OBPA untuk kembali ke kedudukan teratas mengatasi Lapok FC masih tidak kesampaian. Namun peluang masih terbuka buat OBPA dan Lapok FC, begitu juga pasukan Nera FC yang makin menghampiri kedudukan teratas.

Menurut pengurus pasukan dan pemain Pines iaitu saudara Ucop yang ditemuramah sebentar tadi, mengatakan bahawa kemenangan ini didedikasi kepada saudara Faisal yang  menyambut hari kelahiran beliau semalam. Di samping itu, beliau juga menyeru kepada semua pemain agar meneruskan disiplin yang tinggi demi meraih kemenangan dalam pertemuan seterusnya menentang Gamm FC pada 1 December ini.

Pastinya pertemuan antara Pines dan Gamm FC adalah sesuatu yang menarik, memandangkan Gamm FC pastinya berusaha untuk mencatatkan kemenangan ke tiga berturut-turut. Kelompok enam pasukan teratas pastinya tidak terlalu jauh dari jangkauan Gamm FC.

Apapun tahniah buat ke dua-dua pasukan yang menunjukkan semnagat kesukanan yang tinggi.


No comments