Header Ads

Perlawanan tumpuan minggu ini GW 8


Minggu ini menyaksikan hanya dua perlawanan dilangsungkan bagi perlawanan yang ditangguhkan pada minggu sebelumnya.

Pasukan Pines Hillpark akan bertandang ke gelanggang lawan menentang pasukan OBPA yang berusaha mencatatkan kemenangan agar tidak ketinggalan dalam persaingan kejuaraan liga kepada Lapok FC. Kemenangan bagi OBPA akan mengukuhkan kedudukan mereka pada tangga ke dua liga, manakala kemenangan bagi Pines Hillpark pula membolehkan mereka memintas Gota FC bagi tangga ke lima liga.

Dalam satu lagi perlawanan, pasukan OFPA meneruskan pemburuan mereka bagi meraih kemenangan pertama dalam liga. Kali ini pasukan Gamm FC menjadi batu penghalang mereka, di mana pasukan Gamm FC baru sahaja mendapat suntikan semangat apabila membenam GVBK pada minggu lepas.

Begitupun, pasukan OFPA pastinya akan turun dengan keyakinan tinggi hasil kemenangan mereka pada perlawanan persahabatan pada minggu lepas.

Kemenangan bagi Gamm FC akan membolehkan mereka melonjak ke tangga ke tujuh liga mengatasi Parmah Legend.

Jadual perlawanan dan kedudukan liga adalah seperti di bawah:

Game#1: Pines v OBPA,  Ahad, Bt Kucing, 25 Nov 2018

Game#2: Ofpa V  Gamm,  Ahad, Lapis 6 Bkt Kapar, 25 Nov 2018


No comments