Header Ads

KRONE FC tewaskan pasukan favourite Liga Premier Puncak Alam dalam aksi persahabatan


Bersempena dengan cuti Maulidur Rasul semalam, pasukan Nera Fc dan KRONE Hillpark mengadakan satu perlawanan persahabatan bagi memenuhi aktiviti pada waktu petang masing-masing.

Pasukan KRONE Hillpark yang baru sahaja ditubuhkan, terdiri dari pemain-pemain yang sudah established di sekitar Puncak Alam seperti Saiful dari Gamm FC, Ucop dan juga Vicky, selain beberapa pemain dari Liga Premier Puncak Alam.

KRONE yang dibarisi pemain yang sempurna dari setiap posisi memulakan aksi dengan begitu garang, melakukan beberapa serangan berbahaya dari bahagian sayap mereka. Akhirnya mereka berjaya memecah kebuntuan pada separuh masa mellui pemain sayap kanan mereka.

Namun begitu, NERA FC juga mempunyai beberapa serangan berbahaya namun dihalang oleh tiang gol pasukan lawan. 

Aksi separuh masa ke dua, pasukan KRONE melakukan serangan yang menghasilkan dua lagi gol. Tidak ketinggalan juga, saudara Ucop menjaringkan gol ke tiga pasukan mereka untuk melengkapkan keputusan dengan 3-0 berpihak kepada pasukan KRONE. 


No comments