Sekitar perlawanan minggu ke 8: Lapok FC kembali ke persada liga
Lapok FC melengkapkan perlawanan ke 7 liga mereka dengan begitu bergaya apabila menewaskan Alam Suria United dengan jaringan 6 - 0. Keputusan ini membolehkan mereka memintas OBPA dengan kelebihan jaringan. OBPA dan Lapok FC pada ketika ini masih berbaki satu perlawanan berbanding kebanyakan pasukan lain yang sudah melengkapkan lapan perlawanan liga.
Perlawanan yang berlangsung dalam keadaan padang yang basah menyebabkan sedikit ketegangan berlaku, namun pengadil dan beberapa pemain senior bijak mengawal keadaan. Moga kita terus fokus untuk meneruskan perlawanan dalam semangat persahabatan yang tinggi.
Dalam perlawanan minggu sebelumnya, pasukan BSC menewaskan Hillpark FC dengan jaringan 3-0. Selain itu, pasukan Parmah Legend yang terpaksa melupakan khidmat ketua pasukan mereka iaitu saudara Zaidi akibat menjalani rawatan di Hospital Sungai Buloh, mempamerkan aksi menakjubkan apabila menewaskan pasukan Meranti FC dengan tiga gol tanpa balas.
Keputusan penuh perlawanan adalah seperti di bawah:
BSC United 3 - 0 Hillpark
Lapok FC 6 - 0 Alam Suria United
Gamm FC 7 - 1 GVBK
Parmah Legend 3 - 0 Meranti
Gota FC 2 - 1 Desa Coalfields FC
Kedudukan liga di bahagian bawah tidak banyak berubah dengan pasukan OFPA dan Alam Suria United masih gagal mengumpul sebarang mata. Gamm FC pula melonjak ke tangga ke sepuluh liga mengatasi pasukan Meranti yang tewas kepada Parmah Legend. BSC United juga melonjak satu anak tangga ke tangga ke sembilan liga.
Persaingan yang semakin menarik menuju ke penghujung liga dengan beberapa pasukan membuat sedikit rombakan bagi memberi saingan kepada pasukan teratas liga. Moga liga kita terus meriah dan mampu mempamerkan permainan berkualiti dalam setiap perlawanan.

Post a Comment