Old Boys tempang tanpa khidmat Zabib menentang Desa Coafields
Ketiadaan penyerang prolifik Old Boys iaitu Zabib pada petang ini sedikit sebanyak merencatkan perancangan pengurus, saudara Azmi ketika perlawanan genting menentang pasukan top four, DC FC.
Kemenangan ke atas DC pastinya menghidupkan peluang mereka merapatkan kedudukan dengan pendahulu liga, Lapok FC. Sementara kekalahan akan menyukarkan mereka untuk mengecap kejuaraan sulong Liga Premier Puncak Alam.
DC juga masih berpeluang untuk merapati Lapok dan Old Boys dengan syarat menewaskan Old Boys pada petang ini.
Sama-sama saksikan pertembungan menarik pada petang ini di Padang Bukit Kucing jam 5 petang.

Post a Comment