Jadual perlawanan liga minggu ke dua February 2019
Nampaknya, musim pertama Liga Premier Puncak Alam hampir menemui penghujungnya apabila beberapa pasukan akan turun beraksi pada hari ini dan esok seperti jadual di bawah.
Lapok FC yang sudah bergelar juara dengan pada perlawanan berbaki dua perlawanan akan turun melayan pasukan OBPA di Bukit Kucing pada petang ini. Perlawanan ini boleh dikatakan sebagai perlawanan untuk menjaga maruah selain mengekalkan rekod tanpa kalah mereka dalam liga. Mampukah OBPA meranapkam rekod tanpa kalah Lapok FC nanti.
Perlawanan ke dua pula melibatkan pertemuan antara Hillpark Galaxy menentang OFPA yang sedang mencari kemenangan ke dua mereka dalam liga. Prestasi OFPA yang sukar dijangka pastinya mampu melakukan kejutan ke atas mana-mana pasukan yang berada di atas mereka dalam kedudukan liga.
Pertemuan Pines menentang Gamm FC pastinya menarik dengan Pines yang baru sahaja mendapat suntikan semangat hasil kemenangan ke atas Gota FC pada perlawanan terdahulu. Namun Gamm FC yang terdiri dari para pemain yang bertenaga pastinya tidak akan memberi laluan mudah buat Ucop dan rakan-rakan beliau.
Perlawanan pada Ahad pula pastinya hangat apabila NERA F.C akan bertemu Meranti FC dalam usaha mereka menempatkan diri dalam kelompok empat pasukan teratas liga. Seperti biasa, Meranti adalah salah satu pasukan yang kental dan penuh semangat perjuangan seperti yabg ditunjukkan dalam perlawanan-perlawanan mereka sebelum ini.
Sama-sama kita ke tempat perlawanan untuk memberikan sokongan kepada pasukan masing-masing.
*SABTU 9FEB 2019*
1. OBPA V LAPOK
Padang Bola Bukit Kucing, 5 pm
2. HILLPARK GALAXY V OFPA
Venue: Akademi Mokdar, 5pm
3. PINES V GAMM FC
Venue: Padang Tanamera, 5pm
*AHAD 10 FEB 2019*
1. NERA FC V MERANTI FC
Venhe: Padang Tanamera, 5pm
Post a Comment