Header Ads

Gamm FC dan ASU wakili LPPA dalam kejohanan Piala YB Juwairiya


Harapan besar LPPA digalas pasukan gabungan Gamm FC dan Alam Suria United yang akan bertanding dalam kejohanan tertutup 9 sebelah Kuala Selangor bagi merebut Piala YB Juwairiya Zulkifl.

Perlawanan yang disertai 32 pasukan ini akan dilangsungkan pada Ahad ini, 21 April jam 8.30 pagi bertempat di Padang Bukit Kucing dan Padang Sek Kebangsaan Parit Mahang.

Kejohanan yang tiada had umur ini nampaknya menarik banyak pasukan untuk merebut piala yang julung kali dipertandingkan. Kejohanan sebegini sepatutnya perlu kerap diadakan yang pastinya mampu memupuk minat belia dalam sukan ini di samping dapat menghidupkan budaya hidup sihat..

Diharapkan pasukan Gamm FC dan ASU mempamerkan mutu permainan yang menarik di samping dapat mengharumkan nama LPPA dalam kejohanan ini.

Bagi yang berkelapangan pada Ahad ini, boleh datang ke tempat berkenaan bagi memberikan sokongan anda kepada pasukan.

Selamat berjuang ASU dan Gamm FC.


Gambar di atas menunjukkan suasana semasa proses pengundian yang dijalankan pada 16 April di Pejabat DUN Jeram.

No comments