GVBK FC dan GOTA FC masing-masing catat kemenangan dalam perlawanan persahabatan
GVBK FC dan Gota FC masing-masing mencatat kemenangan pada perlawanan persahabatan minggu ini dengan GVBK menewaskan Bukit Badong FC dengan jaringan 4-2.
Sementara itu, pasukan Gota FC menewaskan pasukan G2FC dari Bandar Tasik Puteri dengan jaringan 4-0 dalam perlawanan yang berlangsung di Padang Bukit Kucing petang tadi.
Paling menarik, penyerang utama Gota FC iaitu saudara Pokchoo mencatat rekod tersendiri apabila menjaringkan gol dalam tiga perlawanan berturut-turut. Manakala gol-gol lainnya dijaringkan saudara Syed Muhamad(2) dan juga Syawal.
Pasukan Meranti FC juga tidak ketinggalan memantapkan pasukan mereka dengan mengadakan perlawanan persahabatan menentang pasukan TSW. Perlawanan berkesudahan dengan keputusan jaringan 2-2.
Tahniah buat semua pasukan yang sering mengadakan perlawanan yang dilihat sebagai satu wadah untuk memupuk semangat kesukanan dan persaudaran di antara penduduk setempat.



Post a Comment