Header Ads

NERA FC catat kemenangan bergaya menjelang Piala FA


Laporan: Hanzo
Lokasi: Eco Ardence Arena, 28 April 2019.


Sempena perlawanan La Liga Legends menentang Asia All Stars pada hari yg sama Nera FC mendapat kemenangan selesa menentang Masters FC dengan jaringan 5-2.

Perlawanan persahabatan ini merupakan persediaan Nera FC sebelum beraksi dalam LPPA FA Cup yang akan  berlangsung pada 6 Julai ini.


Jaringan jaringan Nera FC dilakukan oleh beberapa pemain handalan seperti berikut:
Yoe (pen)
PokLong (Syukridge)
Yeen (Din)
Aza (Hanzo)
Poklong (Yoe)

Perlawanan ini amat istimewa dengan kemunculan semula dua pemain lama. Habibul Razman bagi menguatkan barisan tengah Nera FC.  Beliau dikenali dengan nama panggilan Bo beraksi agak cemerlang mematahkan serangan serangan lawan  di bahagian tengah.  Pemain kelahiran Terengganu ini berusia 42 tahun telah berhenti beraksi pada tahun 2015 yang lalu akibat kecederaan lutut yang agak serius.


Pihak pengurusan percaya dengan kehadiran Bo dengan style ala ala Alonso dan Mascherano dapat memantapkan lagi jentera perancang di bahagian tengah nera.  Yang paling istimewa Bo masih single dan available.

Izwan nama gelaran Curb juga telah membuat penampilan semula sebagai penjaga gol.  Beliau cedera teruk dibahagian lutut ketika perlawanan bertemu OBPA di Cathill Arena tahun lepas.  Curb beraksi cemerlang dengan beberapa saves.  Beliau mengakui masih belum mencapai tahap game fitness dan akan berusaha untuk mendapat tempat dibarisan kesebelasan utama disamping membantu Nera FC dalam saingan Fa Cup nanti.


Nantikan aksi aksi persahabatan Nera FC seterusnya. Majulah Sukan Untuk Negara.
#thestruggleisreal

No comments