Header Ads

LPPA Allstars kekalkan rekod tanpa kalah



Bertempat di Arena Bukit Kucing petang semalam, 1 May 2019, pasukan LPPA Allstars menamatkan perlawanan sebelum berehat panjang sempena puasa dan sambutan Aidil Fitri nanti dengan mencatat keputusan seri 2-2 menentang pasukan Daisy Mix Crazy Allstars.

LPPA Allstars dua kali mendahului pihak lawan sebelum akur dengan asakan pihak lawan yabg bersungguh - sungguh mencari gol penyamaan.

Gol-gol LPPA Allstars dijaringkan pemain pertahanan menyerang iaitu saudara Lias yang menyepak cantik mengatasi penjaga gol lawan.

Semalam juga menyaksikan penampilan buat kali pertama saudara Zaidi yang baru pulih dari rawatan kesihatan. Alhamdulliah beliau mampu kembali beraksi seperti sebelum ini.

Zaidi tenang mengawal bola di bahagian tengah

Tahniah buat semua yabg terlibat pada perlawanan semalam.


No comments