Header Ads

Kekurangan perlawanan pemanas badan merencatkan rentak Gota FC menjelang Piala FA



Rehat yang panjang sempena bulan Ramadan dan cuti Aidil Fitri sememangnya merencatkan persiapan pasukan menjelang pertemuan getir menentang Gamm FC yang dibarisi pemain-pemain yang penuh bertenaga.

Namun, menurut pengarah kelab, pasukan Gota FC tetap turun dengan penuh semangat walaupun sekadar melengkapkan jadual di samping memeriahkan kejohanan.

Walaupun berdepan laluan sukar, beliau tetap redha dengan undian yang telah dilakukan pada dua bulan lepas.

Beliau juga sempat mengucapkan selamat menyambut Aidil Fitri buat semua pemain-pemain yang terlibat dalam Liga LPPA ini.


No comments