Persiapan rapi Gamm FC dan BSC United menjelang pusingan pertama FA Cup minggu depan
Nampaknya pasukan Gamm FC dan BSC United memandang serius perlawanan piala FA yang dijadualkan berlangsung pada minggu depan.
Peluang ini digunakan ke dua-dua pasukan untuk mencuba padang Bukit Kucing yang baru selesai diselenggera selepas cuti rehat bulan Ramadhan yang lalu.
Untuk makluman juga, tiang penghadang belakang gol juga telah dialihkan setelah iannya roboh pada bulan puasa yang lalu.
Perlawanan ini turut diserikan dengan kehadiran pemain jemputan dari GVBK iaitu saudara Badok yang menjaringkan gol ke dua Gamm FC. Perlawanan persahabatan ini dimenangi Gamm FC dengan keputusan 3-1.
Keputusan ini dengan sendirinya membayangkan kekuatan sebenar pasukan Gamm FC yang menjadi pasukan pilihan yang akan bertemu Gota FC pada pusingan pertama piala FA nanti.
Selamat berjuang buat semua pasukan.

Post a Comment