Keputusan pusingan pertama LPPA FA Cup
Pusingan pertama Piala FA pada 6 dan 7 Julai lalu berjalan lancar dengan kebanyakan pasukan pilihan meneruskan kemaraan ke peringkat suku akhir yang akan dilangsung pada Sabtu dan Ahad ini.
Seperti dijangka, pasukan OBPA menepati status pasukan pilihan untuk mara bertemu pasukan Pines FC di peringkat suku akhir. Mereka mudah menewaskan pasukan Galaxy Hillpark dengan jaringan 6-0.
Begitupun, pasukan Gamm FC tewas mengejut ditangan GOTA FC walaupun mendahului 2-1 sehingga lewat permainan sebelum disamakan menerusi jaringan penalti. GOTA FC meneruskan kemaraan apabila menewaskan Gamm FC dengan jaringan penalti 5-4.
Parmah yang disebut-sebut antara pasukan pilihan juga meneruskan langkah dengan bergaya meneruskan kemaraan dengan menewaskan pasukan tetangga, GVBK dengan penentuan sepakan penalti setelah terikat dengan 1-1.
BSC United yang diketuai MatDang Messi menewaskan pasukan ASU yang dibimbing DOS Najmuddin dengan jaringan 3-1.
Keputusan penuh adalah seperti di bawah.
FA Cup 1st round result :
ASU (1) vs BSC (3)
*Acap*
GOTA (2) vs GAMM (2)
Syed Muhd, Syawal (GOTA)
Mael, Nan (GAMM)
OFPA (0) vs Meranti (1)
Azroy
OBPA (6) vs GALAXY (0)
Ijat-Hatrick
Luis-2
Boy-1
PARMAH(1) VS GVBK(1)
Syed (PARMAH)




Post a Comment