Gota FC gagal sekat kemaraan Parmah Lejen ke separuh akhir FA Cup
Berlangsung di Tanamera dalam keadaan cuaca yang baik pada Ahad lepas, 14 Julai 2019 tepat jam 5.39 pm.
Gota FC bermula agak garang dengan melakukan serangan bertali arus namun gagal menemui jaring gol pihak lawan.
Gota mengejutkan Parmah dengan gol pendahuluan pada pertengahan babak pertama permainan.
Parmah Lejen yang kehilangan beberapa tonggak utama, namun masih dilihat berbisa apabila berjaya menyerap tekanan dan mengimbangi permainan pada babak ke dua.
Hasilnya mereka memperolehi gol penyamaan pada 10 minit memasuki babak ke dua. Sekali lagi disamakan oleh penyerang prolifik mereka, Syed PDRM sebelum beliau membuktikan bahawa dia adalah duri dalam daging buat Gota FC dengan menjaringkan gol kemenangan lima minit sebelum tamat permainan.
Pemain-pemain Gota FC berusaha mencati gol penyamaan, namun gagal sehinggalah berakhir permainan.
Tahniah buat ke dua-dua pasukan yang mempamerkan permainan mernarik dengan saling berbalas serangan, dan Parmah membuktikan pengalaman mereka mampu menewaskan semangat juang Gota FC.
Selamat maju jaya buat Parmah yang akan membuat perhitungan dengan Lapok FC pada peringkat separuh akhir nanti.


Post a Comment