Adakah akan berlaku kejutan di semi final FA Cup LPPA?
Keputusan semasa pertemuan liga pasukan separuh akhir seperti di bawah:
obpa 0 meranti 0
lapok 6 parmah 0
Meranti mencuri tumpuan di peringkat awal liga apabila menafikan 3mata OBPA.Ianya seolah olah menjadi penyebab kegagalan OBPA selaku pasukan pilihan untuk menyaingi kejuaran Liga LPPA yg pertama.
Lapok dilihat begitu selesa dengan barisan pemain yg berpegalaman mudah menjinakkan Parmah di awal musim liga. Namun Parmah bangkit selepas itu dengan barisan pemain yg lebih padu untuk menamatkan saingan liga di tangga ke 4.
bagaimana cerita di semi final nanti?
Lapok agak selesa kerana belum bermain sekalipun lagi kerana mendapat bye pusingan awal dan juga suku akhir.
Obpa pula begitu selesa membenam Galaxy dan Pines di peringkat suku akhir.
kedua2 pasukan ini adalah pilihan awal pembaca untuk ke final piala FA berdasarkan kedudukan undian dan kemantapan pemain2 sedia ada.
Meranti pasukan yg sukar diduga begitu konsisten sehingga layak ke suku akhir menewaskan OFPA dan juga pasukan pilihan BSC.
Parmah melalui undian maut di peringakat playoff dan suku akhir melangkah dengan bergaya setelah mengenepikan
gvbk dan Gota.
Pengurus merangkap Kapten OBPA, sdr Zemmie Scholes yakin dengan barisan pemain untuk menunjukan aksi lebih memukau di semifinal nanti.
Beliau yakin ayam tambatannya Ijat akan terus mencetak gol .
Pengurus Meranti FC Sir alex Fadzly yakin Kapten mereka Nazim Henderson mampu mengemudi barisan tengah Meranti untuk membanyangi sdr Bob OBPA nanti.
Lapok dilihat calon utama merangkul kejuaraan kali ini menurut pengurus mereka Awie bukanWings mereka tidak akan memberi laluan mudah kepada Parmah. Dengan kehadiran pemain sayap padu sdr Pirlo, seharusnya Lapok adalan pasukan pilihan.
Parmah begitu konsisten di pertengahan liga LPPA sehingga peringakat suku akhir.
Pengurus Parmah Zaidi Alonso yakin barisan pemainnya bersedia mengekang Pirlo dan rakan2.
saksikan perlawanan separuh akhir Piala FA LPPA
Obpa v Meranti
20Julai 2019 Sabtu 5pm Cathill
Lapok v Parmah
21Julai2019 Ahad 5pm Tanamera
laporan oleh:
Kucing Parsi Kacuk

Post a Comment