Perlawanan penutup liga LPPA musim 2018/2019
Sabtu lepas, bertempat di Arena Bukit Kucing, telah berlangsung satu perlawanan penutup tirai liga LPPA musim 2018/2019 menemukan LPPA Central bertemu LPPA South.
Perlawanan muhibbah ini cukup simbolik dengan matlamat penganjuran liga persahabatan yang lebih mementingkan ukhuwah sesama pemain bola sepak amatur sekitar Bandar Puncak Alam dan kawasan berdekatan seperti Saujana Utama, Seri Coalfields, Denai Alam, Kg Bukit Kucing dan juga Kg Parit Mahang.
Diharapkan dengan berlangsungnya liga musim ke dua nanti, semangat persahabatan dan tolak ansur antara setiap pasukan bertanding akan lebih utuh seterusnya lebih mematangkan setiap pengurus pasukan yang bertanding.
Bersesuaian dengan konsep liga ini, maka pihak penganjur tidak menawarkan sebarang hadiah wang tunai bagi musim lepas dan seterusnya, namun begitu kemeriahan dan intensity ketika perlawanan berlangsung begitu dirasai. Keadaan begini telah mengajar setiap pasukan agar meletakkan sikap tolak ansur dan semangat kesukanan mengataso emosi individu.
Berbalik kepada perlawanan antara Pilihan Gamm FC dan Pilihan Galaxy yang diketuai saudara Vicky, Pilihan Galaxy berjaya menewaskan lawan mereka dengan keputusan 4-2. Perlawanan menarik yang menyaksikan serangan bertenaga dari ke dua-dua pasukan terutamanya Pilihan Galaxy yang memiliki pemain yang lengkap disegenap posisi.
Selepas perlawanan berlangsung, jawatankuasa penganjuran mengumumkan Pengurus Terbaik LPPA yang dimenangi saudara Fadly dari Meranti FC melalui satu undian rahsia dari setiap pengurus pasukan bertanding. Rata-rata pengurus yang ditemui menyatakan bahawa pemilihan beliau adalah tepat dengan sikap beliau yang bijak menanggani kerenah pemain-pemain, selain sikap beliau yang sentiasa menghormati pihak lawan.
Sekalung tahniah juga diucapkan kepada pasukan Lapok FC yang memenangi kejuaraan Liga tanpa mengalami sebarang kekalahan.
Dan penghargaan juga buat pengurus mereka, saudara Awie yang banyak menyumbang kepada kelancaran perjalanan liga, disamp8ng menunjukkan contoh yang sepatutnya dalam mengendalikan sebuah pasukan bola sepak.
Begitu juga, ucapan ribuan terima kasih seharusnya diberikan kepada saudara Omar selaku tuan rumah yang banyak menyediakan venue perlawanan terutamanya di Tanamera. Juga buat pengurusan padang bola sepak Bukit Kucing yang banyak memberikan slot kepada pasukan LPPA.
Sebagai memeriahkan liga LPPA, jawatankuasa penganjur telah mewujudkan Piala FA yang pada asalnya tiada dalam perancangan liga.
Pasukan OBPA diisytiharkan pemenang setelah lawan mereka pada final tersebut, Lapok FC tidak dapat menyediakan pasukan pada tarikh yang ditetapkan (28 Ogos) selain tiada kata sepakat untuk menunda perlawanan pada tarikh yang boleh dipersetujui bersama.
Akhir kata, pihak penganjur mengucapkan tahniah buat semua pasukan bertanding kerana telah berjaya menamatkan liga dengan jayanya. Sesungguhnya, banyak yang kita boleh pelajari dari penganjuran liga yang lebih bersifat sukarela ini, tanpa penajaan dari mana-mana pihak.
Suntingan: Jawatankuasa Penganjuran LPPA






Post a Comment