Persahabatan LPPA Oldstar vs Hillpark Veteren
Sebagai memenuhi aktiviti hujung minggu, LPPA mengadakan satu perlawanan persahabatan menentang pasukan Hillpark Veteren yang diketuai saudara Yud dan Vicky. Perlawanan yang dilangsungkan di Hillpark pada 2 Ogos 2019 ini membariskan pemain-pemain dari Liga LPPA yang mewakili LPPA Oldstar diketuai saudara Saiful serta diuruskan oleh En Fadhly dari Puncak Bestari.
Perlawanan berlangsung dengan menarik hasil berbalas-balas serangan dari ke dua-dua pasukan. Namun nasib lebih menyebelahi LPPA Oldstars apabila akhirnya menewaskan Hillpark veteren pada akhir perlawanan.
Apa yang paling menarik apabila pengurus merangkap pemain, iaitu saudara Fadhly menjaringkan gol terakhir pasukan apabila bijak mencuri bola dari kawalan pemain pertahanan lawan, sambil merekodkan gol pertama beliau sejak mewakili LPPA Oldstars.
Tahniah buat ke dua-dua pasukan yang mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi dalam perlawanan yang dilangsung dalam keadaan padang yang tidak berapa rata. Syukur tiada sebarang kecederaan dan layangan kad amaran direkodkan.




Post a Comment