NERA FC uji kekuatan bekas pemain-pemain negeri Perak
Pihak LPPA seharusnya berbangga apabila pasukan NERA FC berpeluang untuk berentap dengan bekas-bekas pemain pasukan negeri Perak pada 24 Ogos ini bertempat di Stadium Perak, Ipoh jam 8.45 malam.
Perlawanan yang pastinya menarik dan ditunggu-tunggu oleh setiap pemain NERA FC. Perlawanan sebegini pastinya mampu memperkuatkan lagi barisan pemain mereka sebagai persedian mengharungi liga LPPA musim ke dua nanti.
Bagi yang berminat untuk memberikan sokongan, boleh terus ke Stadium Perak seperti yang dimaklumkan di atas.
Selamat maju jaya buat NERA FC, moga perlawanan tersebut mampu memberikan pengalaman berharga bjat semua pemain.

Post a Comment