Pines FC gagal ulangi kemenangan ke atas GOTA FC
Perlawanan antara Pines FC dan Gota FC ini ibarat ulangan perlawanan liga yang dimenangi Pines FC dengan jaringal tunggal untuk meneruskan kemaraan mereka menduduki tangga ke dua liga.
Pertemuan yang berlangsung pada Sabtu, 24 Ogos lalu menampilkan permainan bersemangat dari ke dua-dua pasukan yang dalam persiapan menghadapi musim ke dua liga LPPA.
Serangan yang sengit dari ke dua-dua pasukan gagal menemui jaringan dek kekentalan benteng pertahanan masing-masing.
Sehinggalah pada babak ke tiga permainan, pasukan Gota akhirnya menemui jaringan menerusi jaringan pemain tengah, Fahmi yang rembatannya tertampan pemain lawan untuk meletakkan Gota FC 1-0 di hadapan.
Pasukan Gota FC melengkapkan perlawanan persahabatan ini dengan jaringan ke dua Fahmi yang melencongkan bola dari luar kotak penalti untuk jaringan ke dua peribadi.
Tahniah buat kedua-dua pasukan yang menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi.

Post a Comment