LPPA Allstars tewas kali pertama kepada pasukan GVBK
Sempena cuti Awal Muharam pada 1 September semalam, satu perlawanan persahabatan diadakan yang menemukan pasukan LPPA Allstars menentang pasukan GVBK di Arena Bukit Kucing.
Pasukan GVBK bermula garang dengan mendahului lawan dengan jaringan dua gol pada separuh masa ke dua.
Namun pasukan LPPA pantas bangkit menjaringkan tiga gol pada 15 minit terakhir separuh masa ke dua menjadikan pasukan LPPA mendahului 3-2.
Namun pasukan GVBK menurunkan barisan terkuat mereka pada separuh masa ke tiga hingga mampu menjaringkan tiga gol bagi menjadikan kedudukan akhir 5-3, seterusnya meleburkan rekod tanpa kalah LPPA Allstars.
Jaringan GVBK diperolehi menerusi Mizi (2), Faizal dan Mus masing-masing dengan satu gol.
Gol-gol pasukan LPPA dijaringkan Lias dengan dua gol manakala satu lagi jaringan penalti disempurnakan oleh Vicky.
Tahniah buat semua yang terlibat.

Post a Comment