Header Ads

GVBK ledak empat gol mengatasi Bayu Suria FC

14 Disember 2019, Arena Bukit Kucing


GVBK semakin menyerlah untuk meletakkan mereka antara pencabar utama kejuaraan liga musim ke dua sebaris Pines FC dan juga Nera FC apabila menewaskan pasukan baru LPPA, Bayu Suria FC dengan jaringan 4-1.

Perlawanan diadakan di Arena Bukit Kucing yang sememangnya menjadi kubu kuat mereka sepanjang musim lalu.



Keputusan di atas seharusnya dianggap sebagai suatu amaran bagi lain-lain pasukan LPPA, bahawa mereka begitu serius untuk mencabar kejuaraan pertama mereka dalam LPPA.

Selamat maju jaya buat ke dua-dua pasukan.

No comments