Rangkuman persahabatan minggu ini
Pines selaku naib juara liga LPPA musim pertama terus mengekalkan reputasi mereka dengan menewaskan pendatang baru liga LPPA Musim Ke Dua, 5A1 FC dengan jaringan 2-1. Perlawanan berlangsung di Padang UiTM Puncak Alam, 15 December 2019.
Dalam perlawanan berasingan, Parmah Legend juga gah menewaskan pasukan dari Alam Budiman dengan keputusan 2-0 di Arena Tanamera. Nampaknya kehadiran pemain pinjaman dari Galaxy Hillpark berjaya menghalang pintu gol Parmah Legend dibocori pihak lawan.
Petang tadi(Ahad, 15 Dec), penyerang veteran Gota FC membuktikan khidmat beliau masih lagi diperlukan apabila menyumbang satu lagi jaringan bagi melengkapkan kemenangan 3-1 ke atas Daisy Veteren FC di Arena Bukit Kucing.
Gamm FC pula tetap berbisa apabila menewaskan Krone Hill FC dengan jaringan 5-3 pada petang Sabtu, 14 December 2019 di Arena Tanamera. Gamm FC dikhabarkan begitu tekad membuktikan keupayaan mereka pada musim baru nanti dengan menyambar beberapa pemain yang mendapat pelepasan dari kelab masing-masing.
Apa yang pasti, cabaran musim baru pasti lebih rancak dan menarik dengan persedian rapi semua pasukan yang bertanding, seterusnya mampu meningkatkan kualiti permainan dalam LPPA.




Post a Comment