Header Ads

SIKAP TIDAK PUTUS ASA NERA FC BERJAYA IKAT ALLIANCE FC 2-2



Ahad, 14 Disember 2019. Eco-Ardence Setia Alam. 8.00 malam.
Laporan: Hanzo

SIKAP TIDAK PUTUS ASA NERA FC BERJAYA IKAT ALLIANCE FC 2-2

Nera FC terikat seri 2-2 menentang Alliance FC dari Subang Jaya dalam perlawanan persahabatan pra-musim bertempat di Eco-Ardence, Setia Alam.  Kedua-dua pasukan mempamerkan rentak menyerang yang menarik namun Alliance FC berjaya mendahului dengan dua gol pada separuh masa pertama hasil gerakan menarik dari bahagian tengah.  Nera FC nyata terkesan dengan ketiadaan kedua-dua pertahanan tengah utama Fik (4) dan Sol (17) yang sedang bercuti diluar negara.

Di separuh masa kedua Nera FC telah mendapat satu peluang keemasan untuk menjaringkan gol pertama perlawanan.  Pengadil menghadiahkan sepakan penalti apabila Puad (71) dikasari pihak lawan ketika membuat pecutan merbahaya di awal minit separuh masa kedua.

Walaubagaimana pun Hanzo (8) gagal menyempurnakan peluang keemasan tersebut. Penjaga gol Alliance FC Azwan bertindak cemerlang menyelamatkan sepakan penalti dari Hanzo sekaligus mengekalkan kelebihan 2-0 di 'home ground' Alliance FC.

Nera FC membuat serangan bertali arus dan sikap tidak berputus asa Nera FC membuahkan hasil apabila 2 gol dapat dijaringkan sebelum tamat permainan.  Gol-gol Nera FC berjaya diperolehi pada minit ke-50 perlawanan apabila Masao berjaya menjaringkan gol hasil hantaran lintang Hanzo dan gol penyamaan pada minit ke-85 melalui gerakan menarik Aza (3), Hatim (9) dan Yen (11) sebelum Syed Hasmy membuat rembatan padu dari luar kotak penalti menewaskan penjaga gol Alliance FC sekaligus mengikat perlawanan dengan jaringan 2-2 sehingga ke wisel penamat.

No comments