Header Ads

OFPA Veteren tewas akibat faktor keletihan


Padang UiTM Puncak Alam
21 Disember 2019

Pasukan OFPA yang membariskan majoriti pemain 40 tahun ke atas tewas kepada pasukan UiTM Puncak Alam dengan jaringan 2-4 di Padang UiTM Puncak Alam walaupun mendahului 2-1 pada satu ke tiga.

Gol penyamaan OFPA dijaringkan pemain pinjaman dari Gota FC, saudara Pokchoo yang menewaskan penjaga gol lawan dalam situasi satu lawan satu.


Gol ke dua OFPA pula dijaringkan pemain muda, saudara Shaza yang merembat kencang dalam kotak penalti. 

Agak menarik apabila pasukan OFPA menampilkan awang import dari Ivory Coast yang berjaya mengemudi benteng pertahanan dengan cemerlang.

Tahniah buat ke dua pasukan yang menampilkan semangat kesukanan yang tinggi. Hanya satu layangan kad kuning dikeluarkan pengadil dalam perlawanan tersebut. 

No comments