Hanya tiga pemain berumur 30 tahun dan ke bawah dibenarkan beraksi
Seperti musim sebelumnya, peraturan pemain bawah 30 tahun masih diguna pakai bagi musim ke dua LPPA .
Pemain berumur 30 tahun dan ke bawah yang akan memasuki padang hendaklah memakai lilit lengan bagi membezakan mereka. Hanya 3 orang pemain terbabit sahaja dibenarkan beraksi bagi setiap pasukan pada satu-satu masa.
Pengurus pasukan digalakkan menyediakan lilit lengan yang bersesuaian serta tidak mengganggu pemain yang memakainya seperti 'captain armband' yang boleh diperolehi di kebanyakan kedai sukan.
Kegagalan mematuhi peraturan ini boleh mengakibatkan kemenangan dibatalkan sekiranya terdapat protes dari pihak lawan.
Moga semua pengurus pasukan mengambil perhatian sewajarnya berkenaan perkara ini.

Post a Comment