Kelibat Nusa Suria pasti menggentarkan pasukan-pasukan LPPA
Nusa Suria membuktikan bahawa kelibat mereka dalam LPPA bukanlah sekadar pelengkap liga, namun mereka pasti hadir dengan keyakinan dan mutu permainan menarik untuk mencabar kedudukan teratas liga.
Ini terbukti apabila pasukan Nusa Suria berjaya mengikat Gota FC malah hampir memenangi perlawanan tersebut jika tidak kerana pemain mereka berada dalam kedudukan offside ketika meledakkan gol.
Perlawanan berkesudahan dengan seri tanpa jaringan yang dikira adil buat ke dua-dua pasukan, walaupun Gota FC juga mempunyai dua peluang mencipta jaringan.
Tahniah buat ke dua-dua pasukan serta diucapkan selamat datang kepada pasukan Nusa Suria bimbingan Syed Syahmi ke dalam liga LPPA musim ke dua.


Post a Comment