Header Ads

Gamm FC semakin garang



Gamm FC yang memulakan liga musim ke dua minggu lepas dengan sedikit hambar apabila tewas tipis 2-3 kepada Krone FC.

Namun kekalahan tersebut adalah pembakar semangat untuk mereka bangkit pada perlawanan ke dua dengan menewaskan Meranti FC yang terkenal antara pasukan yang susah ditumpaskan. Kali ini mereka menang dengan jaringan 3-2 walaupun pada satu ketika gagal menjaringkan satu tendangan penalti.


Paling menarik apabila Mohd Nizamuddin menjaringkan hattrick pada separuh masa ke dua perlawanan. Gol-gol Meranti FC dijaringkan menerusi Faizul Azha dan Nazmi. Sebelum ini pemain pasukan Parmah Legend, Yusarizwan juga menjaringkan hattrcik ketika bertemu pasukan OFPA FC.

Pujian harus diberikan kepada ke dua-dua pasukan yang menunjukkan semangat juang yang tinggi di samping mengekalkan semangat kesukanan yang sering diterapkan oleh pihak pengurusan LPPA.

 Dengan kemenangan ini, pasukan Gamm FC melonjak ke tangga ke enam liga, satu pencapaian membanggakan serta peningkatan ketara bebanding musim lalu.



No comments