Header Ads

Pemain jersi no 7 Gamm FC harus dirantai Meranti FC

Pertembungan mendebarkan antara Gamm FC dan Meranti pada esok hari di Padang UiTM Puncak Alam pastinya menjadi antara perlawanan pilihan minggu ini, ibarat pertembungan Liverpool dan Everton.

Paling mencuri tumpuan adalah kelibat pemain Gamm FC, iaitu saudara Aaron yang pastinya akan menjadi igauan buat pertahanan pasukan Meranti FC. 

Beliau yang bergerak dari bahagian sayap, dengan memakai jersi no 7 (inspirasi Beckham), akan cuba melakukan gerakan yang mampu menghasilkan keputusan positif buat pasukan Gamm FC.

Meranti FC pastinya mempunyai ramuan tersendiri untuk menyekat kemaraan Gamm FC, yang masih sama-sama memburu mata pertama musim ini.


No comments