Header Ads

Ramalan kedudukan liga pada Game Week 3


Kedudukan ramalan ini hanyalah sekadar untuk hiburan semata-mata selain menambahkan rencah liga LPPA. 

Diminta semua kita bersikap terbuka dan meletakkan matlamat utama penganjuran sebagai satu wadah mendekatkan pemain-pemain bola sepak sekitar Puncak Alam. Liga ini adalah liga amatur, atau lebih tepat lagi liga untuk komuniti. 

Memang lumrah bersukan atau pertandingan, perlukan semangat untk menjadikan sukan itu lebih menarik dan tidak hambar. Apa yang paling penting adalah repect kepada pihak lawan dan juga pengadil. Kurangkan kata-kata yang boleh membangkitkan emosi dan provokasi. Selain itu, kita juga harus menghormati keputusan pengadil dan menerima sebarang keputusan dengan hati terbuka.

Moga kita semua memperolehi manfaat dari penyertaan dalam liga yang tidak menjanjikan hadiah bagi kejuaraan liga.

 

No comments