Abid nafikan kemenangan pertama GVKBK
Perlawanan berlangsung dalam keadaan cuaca yang agak panas. Pasukan GVKBK selaku tuan rumah dilihat menguasai separuh masa pertama dengan melakukan beberapa gerakan serangan yang agak merbahaya namun berjaya ditangani barisan pertahanan GAMM FC. Kedua-dua pasukan gagal menembusi gawang pihak lawan dan separuh masa pertama tamat dengan kedudukan 0-0.
Tak perlu menunggu masa yang lama, pasukan tuan rumah berjaya meletakkan diri hadapan dengan jaringan Baharudin. Kegembiraan tuan rumah tidak bertahan lama apabila Nur Mohd Hasnan Mustapha berjaya menyempurnakan sepakan penalti selepas beliau dijatuhkan dalam kotak penalti pasukan tuan rumah. Separuh masa kedua tamat dengan jaringan 1-1.
Kedua-dua pasukan mempamerkan rentak dan gaya permainan yang lebih pantas dan teratur pada separuh masa ketiga. Abid meletakkan pasukan pelawat di hadapan dengan jaringan beliau, menyempurnakan hantaran sempurna daripada Ismail Bin Idris.
Tersentak dengan gol tersebut, pasukan tuan rumah memperbaiki kelemahan permainan mereka dan berjaya menjaringkan gol penyamaaan, hasil jaringan Said Ahmad. Berbekalkan semangat untuk mencatat kemenangan pertama dalam saingan liga musim kali ini, pasukan tuan rumah menggandakan aksi serangan mereka dan berjaya membolosi gawang pasukan pelawat, yang disempurnakan oleh Mustaza.
Ketika permainan hampir tamat dan GVKBK dilihat bakal menyempurnakan misi tiga mata mereka, Abid sekali lagi menjadi duri dalam daging buat pasukan tuan rumah apabila berjaya menyumbat gol penyamaaan buat pasukan pelawat, akibat kesilapan penjaga gol pasukan tuan rumah.
Pasukan tuan rumah berusaha keras untuk mencari mata yang hilang, namun dinafikan oleh pasukan pelawat yang teguh bertahan. Pasukan pelawat dikira bernasib baik untuk dapat mengekalkan kedudukan 3-3 sehingga wisel penamat.
Laporan: Van Der Pol
Post a Comment