Header Ads

Pasukan OFPA mengutip tiga mata pertama


Pasukan OFPA memulakan tahun 2019 dengan penuh bergaya apabila menewaskan Alam Suria United dengan jaringan 5-1, seterusnya mengutip tiga mata pertama dalam liga,

Kemenangan ini merupakan kemenangan pertama dalam liga setelah kemenangan pada perlawanan sebelum ini dibatalkan akibat kesilapan teknikal semasa perlawanan. Dengan ini, pasukan OFPA melonjak satu tangga meninggalkan pasukan Alam Suria United di tangga terbawah liga.

Apapun, perlawanan masih berbaki buat ke dua-dua pasukan mengumpul mata seterusnya memperbaiki kedudukan.

Gol-gol pasukan OFPA dijaringkan oleh Haris, Sham, Shah, Jemi dan juga Erry yang menamatkan hari penuh bermakna buat pasukan OFPA.



1 comment: